hahaha. 30 fakta tentang aku? apa ya? banyak sangatlah. bukan aku boleh ingat semua. okey. nanti aku list. ceh. macam membuka pekung di dada la pula. pada sesiapa yang kenal dengan aku, ada certain thing korang tahu pasal aku. tapi tak semua. okey. ni pun aku ambil secara rawak.
- aku amat menggemari warna warni, warna yang mampu menarik perhatian dan membuat aku tenang. yang paling utama warna pink. i love pink.
- aku gemar minum susu madu. sedap tau. khasiatnya banyak. masa aku kecil-kecil dulu, ayah selalu buatkan untuk aku.
- panas baran? aku benci orang panas baran. aku memang tidak suka. maybe sebab aku lemah lembut kot. tapi lemah lembut aku ada ketegasan. okey.
- menunggu? aku paling benci untuk menunggu. cerewet kan aku? haha. ini fakta tentang aku.
- aku punya nama yang cukup indah dan unik. sesiapa pun yang kenal dengan aku. mereka tahu namaku. tetapi aku punya nickname yang sehingga hari ini melekat. maybe sampai bila-bila aku guna nickname. sebab masa kecil dulu, aku selalu menangis pabila menggunakan nama asli. setelah itu, mama serahkan pada mama angkat aku. sebab itu, nickname aku melekat sampai hari ni. maybe nama asli akan di guna wantu nikah kot. hahaha.
- aku kalau sudah menghadap lappy, sanggup aku tak tidur. sanggup aku tak makan. duduk saja memerap dalam bilik.
- berjalan? aku memang suka berjalan. melancong ke mana-mana je. aku paling suka travel.
- my favourite food aku sudah pastilah mee wantan soup. wah. aku rindu sangat nak makan. sudah lama aku tak makan mee wantan. susah nak cari. aku biasa makan di jb. ade ummmphh..
- aku kuat merajuk dan sensitif. tapi bukan mengada-ngada. okey. aku cepat sejuk. senang dipujuk. tapi kena cara dan gaya.
- aku gemar menonton rancangan CSI dan Swan.
- aku suka baca novel tapi aku jenis pemilih juga. tak semua novel aku baca. aku akan kaji sipnosis dulu.
- waktu lapang, aku akan bermain golf dengan cousin aku. paling tidak pun, aku keluar bermain bowling bersama teman-teman.
- wayang? sangat suka. tapi kena lihat budget dulu.
- aku memang gemar belai rambut. rajin sangat-sangat. rambut kan mahkota perempuan.
- duit? wang? aku memang amat sensitif bila berkaitan dengan wang. aku memang bijak menguruskan wang. setakat nak jaga kewangan. apalah sangat. boleh saja. papa dan mama memang mengajar aku cara untuk menguruskan kewangan dengan begitu baik sekali.
- aku memang tidak boleh duduk diam. ada saja benda yang aku nak buat. tapi ikut mood juga. kalau malas, aku duduk rumah diam-diam.
- aku mengamalkan senaman sampingan selain jogging seperti push up.
- aku gemar tinggal berjauhan dengan family. itu menjadikan aku manusia yang berdikari dan lebih bertanggungjawab.
- handphone, kunci, alat make up, earphone, purse, pen, mineral water dan sweater merupakan benda-benda yang wajib dalam handbag aku.
- aku akan tidur dengan banyak bantal. aku tidak boleh tidur tanpa bantal. bantal sikit pun tidak boleh. bantal mestilah lebih daripada 3 bantal.
- aku agak cerewet pasal baju. kalau beli mesti yang berkenan. kalau orang sudah beri, aku terima saja. kalau gosok, aku benci berkedut walaupun sedikit. aku tidak suka orang gosok baju aku. aku akan gosok sendiri.
- aku pentingkan kesempurnaan. kalau boleh tidak mahu ada cacat cela. perfect dalam segi apa pun.
- i love comic. biasanya komik kartun. komik lawak. doraemon. apa-apa saja. janji komik yang menarik minat aku.
- lelaki? aku mahukan lelaki yang sentiasa memberi perhatian untuk aku. sanggup melakukan apa saja demi aku. sentiasa ada di sisi aku di kala susah mahupun senang. sentiasa disisi dikala sedih ataupun gembira.
- kahwin? satu topik yang paling aku takuti. janganlah dibincangkan perkara itu. aku lebih suka kalau membicarakan tentang pelajaran, kerja, gaya hidup. lagi pula, aku kan masih terlalu muda untuk memikirkannya.
- aku benci perampas. tolonglah. jangan desperate sangat.
- aku benci pendusta. aku benci penipu. janganlah suka fitnah. penatlah orang fitnah aku.
- i hate stalker. syuhhh.. aku benci stalker yang suka jaga tepi kain orang. tapi sendiri koyak rabak. ada juga stalker yang memang aku tak pernah bercakap dengannya. dia sibuk menjaja cerita aku. agaknya dia ada masalah mental. ada wayar yang putus.
- aku benci jerawat! tak suka. aku memang jaga penampilan. aku pergi spa. aku kerap buat facial. bagus tau untuk kulit.
- aku ada impian nak beli 'hummer'. fuhh. harap-harap tercapailah ye. sebelum umur aku mencapai target 30, aku perlu ada rumah, kereta, kewangan yang stabil dan kerjaya sendiri.
ini fakta tentang diri aku. serba sedikit. tak semualah. kalau nak tahu semua, kenalah berkawan dahulu. ibarat kata pepatah, x kenal, maka tak cinta. eh. aku lupa lagi satu la. dulu aku single, tapi sekarang, available. sudah ada empunya. sayang si dia sangat. it's little about myself. korang punya story pula macam mane? fakta tentang diri korang. sudah kaji? buatlah kajian supaya korang lebih mengenali diri korang dan kenalkan diri korang pada orang lain.
"selamat mencuba.."


No comments:
Post a Comment