Sunday, August 29, 2010

KEGILAAN AKU TERHADAP GAME !!

di pagi yang indah ini. aku ingin menyatakan aku amat suka suasana pagi. hello everyone. morning! kehidupan aku di pagi hari biasanya amatlah indah. dulu aku jarang bangun pagi. tapi bila aku sudah besar. aku kena bangun. ianya merupakan rutin harian aku. kena bangun solat. actually, suasana pagi membuatkan aku lebih segar dan bertenaga. satu keindahan yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. sungguh indah pemandangan ciptaan tuhan. aku begitu mengaguminya. hari, aku nak story pasal kegilaan aku terhadap game. aku memang gemar main game. tapi bukan semua game aku main. even sume game aku cuba try test uji. kalau aku rasa best, aku teruskan saja. kalau tak, aku remove la. actually, kat facebook ni, terlalu banyak game sampi aku rasa da nak termuntah tengok game yang ada. tapi kan. aku nak cerita pasal game yang selalu aku main je. selalu sangat, lepas balik kelas, aku mesti buka game dulu. yang lain aku tolak tepi. aku da tak peduli. kadang-kadang, sampai aku tak makan. tapi aku mandi ye. sebab aku tak suka bau busuk dan melekit. aku suka bau wangi. bau palmolive dan losyen baby aku. eh. jauh terpesong cerita ni. okey. berbalik pada cerita aku. aku suka explore sesuatu benda tu sampai dapat. kalau tak dapat, memang angin ribut melanda. aku akan jadi bad mood sebab aku ni jenis tak sabar jugak. semua nak cepat. tapi itu sometime saja. bukan selalu. so, janganlah sesiapa buat aku marah dan rasa sakit hati aku cepat terasa orangnya. sensitif person. okey la. first game yang buat aku gila. ha. ni la dia.


cafe life

haha. ni la rupa game cafe life. aku baru juga main game ni. lebih kurang 3 minggu lepas. best la. sebab kek dia comel. lepas tu, makanan dan minuman dia sangat besar. aku juga suka decoration nya. tengok la cafe aku. wall dia saja, aku menggunakan corak rimau. aku suka sangat. even orang-orang dalam tu hampir lebih kurang sama. tapi decoration dia sangat cantik. lagi satu, permainan cafe life ni, tak menggunakan duit facebook. alaaaa. duit betul. bukan tipu punya. bagus juga ia tak menggunakan duit real.


nightclub city
       

ha. ni namanya nightclub city. ni pon jadi salah satu kegilaan game yang aku selalu main. memang aku takkan bosan bila menghadap game ni. seronok taw. jual air. dapat tips. then, kalau orang duduk kena booking dulu. dalam game ni, pentingkan kemewahan. aku suka bila orang keluar masok dalam club aku. aku lagi suka bila club aku sesak dengan orang. masyuk beb. duit masuk je. aku suka decoration nya. aku boleh memilih apa saja yang aku suka untuk mencantikkan club ini. makin ramai orang masuk club, makin tinggi rating popular nya club aku. apabila decorate club dengan barang yang mewah, maka luxury club aku makin la tinggi. best game ni. 5 bintang. 

mall world
ha. yang ni pula. mall world. konon ada butik sendiri. seronok juga. kita dapat tengok design baju yang cantik-cantik. kita beli dengan harga borong. even tak dapat beli secara realiti. tapi aku rasa puas hati sangat. baju-baju kat situ amat lah cantik. ada juga baju yang simple. makin cantik makin mahal la. nak beli sesuatu baju. kita perlu unlock dengan harga yang tertera. ikut baju la. makin cantik, makin mahal. itu baru unlock. belum lagi mahu membeli secara borong. aku pernah juga memborong pakaian sampai duit aku kering. hahaha. tapi aku seronok. puas hati. macam-macam pakaian ada. pilih saja. 

cafe world
ok. yang ni pula cafe world. aku seronok sangat main game ni. sampai rasa tak ingat dunia. tapi takdelah sampai dua puluh empat jam menghadap game ni. tapi aku memang tak pernah miss game ni. sebab, sayang la. cuba korang tengok. aku sudah level 86. jauh tu. tapi level paling tinggi dalam senarai friend list cafe world aku, level 197. mak datok. dia memang sudah lama dalam facebook. dia main bersungguh-sungguh kot. sudah macam main olahraga la pula. olahraga pun tak macam tu. tapi amat sukar la untuk aku kejar level sebanyak itu. lagipun, aku punya komitmen lain. bukannya hanya tergantung pada game sahaja. decoration game ni sangat la cantik. walaupun mahal, aku tak kesah, sebab duit aku ada dua belas juta. sampai aku rasa sudah tak tahu mahu buat apa dengan duit tersebut. lagi satu, makanannya, sangat banyak pilihan. tapi setiap makanan, mempunyai 3 level. habis saja level pertama, akan diberi pinggan berwarna biru cair. sebaik saja habis level kedua pula, akan diberi pinggan berwarna biru pekat, dan habis saja level tiga, maka akan dapat pinggan berwarna emas. itu adalah level mastered bagi setiap makanan. tapi rasanya, korang try la main game ni. best taw. nak terang panjang-panjang pon, takut korang tak faham pula.

zoo paradise

ha. the last game yang aku main ni, namanya zoo paradise, seronok. sebab aku dapat beli binatang-binatang comel yang aku suka. tapi tak semua binatang boleh beli. sebab ada sesetangah binatang tak boleh beli, cuz kena beli dengan duit betul. aku bela binatang yang comel-comel. dapat tengok dia bergerak dan mendengar bunyi binatang. sangat la comel. binatang yang dibeli boleh di beri nama. comel taw nama-nama dia. hehehe. aku paling sayang dengan polar bear dan penguin. sebab comel sangat. aku teringin nak bela. tapi mana ada orang bela. so, aku bela je la dalam facebook. bagi mengubat hatiku yang kempunan. kalau ada binatang yang comel sangat, kena beli guan duit betul. guna kredit kad. huhu. ahak sedih di situ. tapi puas hati la.

monster world
opppss.. terlupa pula. haa. ni game yang baru. nama dia monster world. game ni. memerlukan cabaran. tanaman dia amat la pelik. dan korang nampak robot besi tu? haa. penat aku layan kerenah dia. nak itu. nak ini. tapi aku layan saje. sebab dia bagi aku duit yang banyak.so, jual je la kat robot yang nama robert ni.dan aku punya orang tukang jaga tanaman aku. ni lagi satu cerewet. kena bagi dia makan. makanan ikut masa. kalau masa da habis, so, dia akan makan pokok yang aku tanam. huh. sia-sia je. penat aku tanam. da la kena keluarkan duit. permainan ni simple saja. tapi semua yang ada amat pelik. yelah. nama pon monster. so, semua memang nampak pelik la. game ni bosan sikit. lambat ko harvest tanaman ko, memang mati la tanaman ko. then, boleh kutip duit kat rarm friend kita. korang cuba-cubalah.



haa. aku lupa nak bagitahu. ada game yang boleh buat duit taw. aku try main game tu. tapi baru level 2. lepas tu game over. nama game tu, lip ice. lip ice contest. tapi aku tak ingat la link dia. game tu simple je. kena lepas tiga level. baru boleh memenangi hadiah yang di tawarkan. best taw hadiah dia. 1st prize dapat iphone. 2nd prize dapat lappy toshiba. weekly prize dapat rm100. so, aku berusaha ke arah tu. aku percaya pada diri aku. insyaalah aku boleh menang. doakan aku ye. hehehe. korang cepat-cepat la main game tu. takut tak berkesempatan pula. jangan korang sampai lalai pula. hehehe.

p/s : b. doakan hunny ye. b pon da try main game tuh. so, b tahu la game tu payah. kena usaha keras sikit.


Share

No comments: