Tuesday, November 2, 2010

mY DReaM ViLLa

waktu subuh yang hening dan damai. sinar mataku tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk atau mahu tidur. sebentar tadi aku selesai sudah post entry. ingin aku menghabiskan waktu untuk update blog. sejuk sampai ke tulang. aku amat menggemari suasana dan waktu seperti ini. aku akan terasa nyaman dan damai. orang kata, waktu sebegini kita sesuai untuk study, mengulang kaji pelajaran, menenangkan fikiran. kenapa aku kata sesuai? nak tahu? sebabnya, tiada siapa nak kacau atau ganggu. tiada satu bunyi kebisingan pun. tiada suara-suara yang mampu mengganggu ketenteraman. okey. actually aku nak story pasal my dream house. rumah yang aku idamkan itu mesti menepati ciri-ciri  dan spesifikasi yang aku nak. nak lihat bagaimana rumah idaman aku? just wait a minute! 


haaa. inilah rumah idaman aku. okey x? demand kan? hehe. kan aku kata, inilah rumah idaman aku. bukan rumah aku yang sebenar. tapi kan. kalau la rumah idaman ini betul-betul menjadi kepunyaanku. alangkah bahagianya aku. akulah perempuan yang paling bahagia. lebih-lebih lagi kalau rumah ini aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri. tidak dapat aku gambarkan perasaan aku saat itu. gembira, bangga, bahagia. pelbagai perasaan bercampur baur. spesifikasi yang perlu ada dalam rumah aku. aku pastikan semua cermin yang mengelilingi rumah aku adalah kalis peluru dan tidak mudah pecah bila di ketuk dengan sesuatu. walau macam mana sekalipun, ia tidak mungkin dapat di pecahkan. kemudian, aku perlukan dinding yang teguh dam tidak mudah roboh. pagar yang mengelilingi rumah aku haruslah tinggi sampai aku merasakan tiada siapa yang berani panjat. dan aku akan letakkan voltan elektrik yang tinggi di atas pagar. aku akan beri amaran bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. lagi satu, rumah aku perlu di sembur dengan anti anai-anai yang berkualiti tinggi supaya tahan lama. time sembur ini, pastikan rumah itu belum di bina. aku juga akan membina swimming pool di satu ruangan khas. kerana aku suka swimming. i love swimming. seronokkan?


okey tak yang ini? cantikkan? sangat comel. aku suka sangat. i love it. lepas itu, aku perlukan pondok atau wakaf yang dibina atas swimming pool. ada jambatan. 


yang ni pon comel kan? so sweet. yang ini, swimming pool dalam rumah. okey juga kan. malam-malam pun aku bolehlah swimming tanpa sebarang gangguan. best tau kalau berenang malam-malam. tenang. damai. sunyi. nyaman.  tapi yang tak berapa suka, sejuk. sejuk. dan sejuk. it's so cold. swim at night.


wah. sungguh elegen. beginilah citarasa aku. kalau boleh, lantai ruang tamu mestilah kaca yang di bawahnya adalah air. kaca itu mestilah kukuh dan tidak mudah pecah. dalam itu ada ikan yang aku pelihara. wow. demand. eh. ini kan rumah idaman aku. bukan rumah idaman kamu. okey. jangan jealous. cantikkan rumah yang menjadi idaman aku. 


yang ini, aku mahukan ia sebagai bilik untuk menonton televisyen dan main game sahaja atau main laptop sahaja. amat besar. okeylah itu, kalau untuk satu family. sangat seronok. ini yang rasa bersemangat untuk mencapai cita-cita aku supaya aku dapat memiliki rumah idaman aku. eh. lupa pulak. aku inginkan rumah aku yang berbentuk petak atau lonjong atau bulat. tidak kisahlah yang mana satu asalkan aku tidak mahu berbumbung. aku tidak suka berbumbung. biarkan saja rata tanpa bumbung. pasti lagi comel.


wah. best sangat kalau dapat bilik seperti ini. mari-mari melihat gambar-gambar rumah yang menjadi idaman aku. "my dream house. my dream villa." home sweet home.


cantik sangat ruangan ini sampai aku tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. it's wonderful. insyaallah, mudah-mudahan, aku boleh mendapatkan rumah idaman aku dengan hasil titik peluh aku sendiri. aku nak ajak parent aku tinggal dengan aku. bahagianya.

"ya allah ya tuhanku, kau permudahkanlah urusan kehidupanku, kau panjangkanlah umurku dan ibubapaku, kau berkatilah hidup aku dan keluargaku, kau bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya kepada aku dan keluarga aku. kau kabulkanlah doaku. sesungguhnya, hanya padamu aku berserah dan bertawakal."

Share

bOy cOmeY

i miss him damn much. rindu sangat kat dia. da la comel. cute. aku geram sangat dengan dia. montel. gebu. putih. macam aku. okey. jangan jealous. bila aku balik jumpa family aku. antara orang yang aku rindu adalah dia. aku rindukan tawanya. aku rindukan senyumannya. aku rindukan suaranya. aku rindukan kedegilannya. aku rindu bila dia merajuk dengan aku. saat itu, aku hanya bisa tersenyum sambil menatap wajah polos dia. hahaha. kamu pasti tertanya siapakah gerangan yang sedang bicarakan sekarang ini. nak tahu siapa? tunggu selepas ini. jeng jeng jeng. suprise!



haaa. inilah dia buah hati aku. comel tak? comel kan! macam aku. kamu macam aunty kan sayang? hehehe. di keheningan subuh, tiba-tiba aku rajin nak update blog. hatiku sayu, rindu yang teramat pada si kecil yang sering menghiburkan aku aku amat sayang padanya. aku rindukan keletah si kecil yang seringkali menarik perhatian aku. si kecil ini juga amat bijak. sekarang umurnya tiga tahun lebih. dia sudah pandai berjalan. dia amat rajin membantu. kalau mama aku basuh baju, si kecil ini juga mula menyibukkan diri membantu mamaku. kalau aku sedang mengemas, dia akan segera membantu. sibuklah si comel ni. sekarang ini, family aku beritahu yang si comel ini da pandai mengomel. sudah petah berbicara. aku menangis kegembiraan. tak sabar aku nak balik untuk bertemu si buah hati aku ini. aku rindukan dia. aku menangis bila si comel ini berbicara dengan petah sekali dengan aku. " aunty bila nak balik?" aku gembira yang teramat sangat sampai tak dapat nak di gambarkan perasaan aku saat itu. si comel inilah pengarang jantung hati aku. sabar ye sayang. rindu kamu sayang. rindu keletah kamu yang begitu membuatkan aku nyaman dan terasa damai.





Share