Sunday, July 11, 2010

CeMBuRu BiaR BeRPaDa..

" u curang erk? "
" u ade pompuan laen erk? "
" u setia x ? "

hahaha.. seringkali kedengaran ayat seperti itu.. actually, aku pun pernah guna ayat tu. saja suka-suka. nak test si dia. then boleh lihat reaksi si dia. si dia sudah lali dengar ayat sebegitu. aku memang cemburu. bodohlah kalau seorang perempuan itu tiada perasaan cemburu. cemburu yang aku nak tekankan di sini bukan cemburu buta tapi cemburu berpada.

cemburu bagaikan garam dalam masakan, sedikit menambah rasa, banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa. cemburu juga menjadikan sesiapa rasa istimewa. setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah. tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan.

bagaimanakah situasi cemburu yang sesuai dan bagaimana pula cemburu itu akan menakutkan pasangan?

setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika pasangannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada individu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang sesuai. tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu tidak bertempat. sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan individu lain selepas waktu kerja, cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan pasangan anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

hahaha.. aku gelak bila bace statement di atas ni. tapi kan, ada juga pasangan yang menggunakan alasan kerja atau belajar atau reunion dan sebagainya untuk bertemu seseorang. so, aku tidak mudah di tipu dan diperdaya dengan alasan sebegitu. aku mempercayai si dia tapi jangan merosakkan kepercayaan aku. aku memang cemburu. aku tidak menyukai apabila bekas kekasih si dia mahu berbaik semula dengan si dia. aku harus pertahankan hubungan aku dengan si dia. aku tidak mahu merosakkan hubungan kami kerana orang ketiga.

so.. attention to all ex gf si dia, please stay away from our life. kami bahagia tanpa gangguan. tidak terlintas di fikiran aku untuk mengganggu mana-mana bekas kekasih si dia. kami tidak memerlukan kamu semua dalam hubungan aku dengan si dia. terima kasih atas kerjasama yang diberikan. tolong jangan ganggu hubungan kami. kami saling menyayangi antara satu sama lain.

attention juga kepada sesiapa saja yang mempunyai niat menyimpan perasaan kepada my boyfee. lupakan saja niat itu. jangan sekali bermain dengan api. kelak binasa. aku mengharap cinta berkekalan selamanya. semoga relationship aku dan si dia sentiasa direstui dan diberkati Allah s.w.t dan keluarga kedua-dua belah pihak


semoga tuhan sentiasa memberkati relationship aku dan si dia. hope kekal selamanya..


cemburu mesti kena pada keadaan dan tempatnya. cemburu mampu buat kita makan hati dan memendam rasa. cemburu membuat hati penuh prasangka. banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku, pasangan akan jadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita. perhubungan juga jadi huru-hara dengan pertengkaran. untuk mengatasi cemburu yang tidak berasas, gunakan fikiran untuk mengawal emosi, bukan sebaliknya. apabila dirasuk rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu.

berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. bukan saja anda dapat atasi rasa cemburu, malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami. senadainya si dia memang menipu, sekurang-kurangnya, anda sudah mempercayainya dan biarlah masa dan keadaan yang menentukannya.

cemburu memang bahaya dalam perhubungan. aku ada sedikit petua yang mungkin boleh dijadikan panduan.


  1. betulkan semula niat

    • firstly, betulkan niat. mengapa anda bercinta. segala yang dilakukan harus ada niat malah amalan yang disertai bersama niat, insyaAllah pasti ada ganjarannya. begitu juga dalam bercinta. perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. apa sekalipun kerja jika sandarannya tuhan, anda tidak akan merasa sedih. malah jika kekasih anda pun, anda masih ada tuhan.
      2.  kekasih kita itu bukan milik kita

    • tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. justeru kekasih, isteri atau suami yang kita cintai itu bukanlah hak milik kita yang mutlak. Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik. justeru , anda akan mula belajar erti redha.
      3.  dekatkan diri dengan Maha Pencipta

    • ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta. dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. jadikan Dia sumber kekuatan, kita lantas rasa cemburu, gundah, iri hati, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang 


    p/s : i always love you my dear.. hope our love last and never die. ^_^
    Share