cinta merupakan perkara subjektif. cinta kepada tuhan. cinta kepada nabi serta rasulnya. cinta kepada ibubapa yang melahirkan kita. cinta kepada agama dan negara. dan cinta sesama manusia. Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah ilahi. Kita diberi peluang utk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan. aku amat bersyukur apabila tuhan mempertemukan aku dengan si dia. aku amat bahagia memiliki cinta si dia. bahagia seindah pelangi, secerah mentari, secantik malam dinihari.. sesungguhnya tuhan yang maha esa itu sentiasa memberikan yang terbaik buat hambanya. dengan itu kita sebagai hambanya seharusnya bersyukurlah dengan apa dikurniakan oleh tuhan yg maha adil. kadangkala aku bertanya pada suara hatiku. benarkah percintaan itu sesuatu yang indah? benarkah setiap pencinta akan terus mengingati dan mencintai kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu? adakalanya aku bingung dan keliru. tetapi baru aku sedar apa ertinya cinta. cinta tidak dapat digambarkan dan diluahkan dengan kata-kata. cinta hanya boleh dirasai. cinta hanya satu perasaan. jika dibelai, sarat emosi akan bersemi, mekar dan rendanglah ia. jika di abaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. jangan biarkan dirimu hanyut kerana terlalu mengagungkan cinta sesama manusia. sesungguhnya, cintailah tuhan yang maha esa. kemudian cintailah diri sendiri. aku bahagia menjadi diriku sendiri. dikala subuh yang hening ini, mataku masih segar menatap keindahan ciptaan ilahi sambil aku mahu memberitahu kamu dan teriak kepada dunia ini, aku amat mencintai dirimu. ya!
" aku amat mencintai dirimu kekasihku dan cintaku padamu tidak melebihi cintaku kepada Allah s.w.t. yang maha esa.. "
aku masih terkenangkan memori indah kita bersama. di awal perkenalan, huluran tanganmu kusambut dan berjabat mesra. walaupun ketika itu, kita masih dalam minggu orientasi. kita belajar di tempat yang sama. tanpa aku sedari, bibit-bibit percintaan telah terukir di hatiku. hanya namamu yang bertakhta di hatiku. selalu kuingat dirimu dan menyebut namamu. kini, usia pekenalan kita hampir menjangkau tiga tahun. aku masih dalam proses mengenali hati budimu. aku ikhlas mencintaimu. aku perlukan kamu. aku ingin menjadi teman hidupmu selamanya. hanya kamu yang aku perlu. aku mahu menjadi yang terakhir dalam hidupmu walaupun aku bukan yang pertama. kekasihku, hanya kau yang satu, tiada dua mahupun tiga. aku tidak akan pernah mencari pengganti dirimu kerana aku tahu hatiku sentiasa berkata, kamu akan selalu di hatiku. aku tidak akan pernah sanggup untuk tinggalkan dirimu. kerana akulah wanita yang paling bodoh jikalau aku meninggalkan dirimu yang begitu baik dan menjaga aku selama kita berkawan. aku tahu, dirimu sentiasa dikelilingi orang-orang sekitarmu. tapi aku tahu hatimu. kau juga mencintaiku. walaupun kau tidak mengucapkan kata-kata itu. tetapi aku tahu, segala gerak gerimu menggambarkan yang kamu mencintai diriku. kamu mengambil berat tentang diriku. kamu menjaga aku seperti anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan perlu perhatian ibubapa. kamu sentiasa bertanya kabar tentang diriku pabila kita berjauhan. aku masih ingat, kamu pasti akan marah apabila aku keluar tanpa memberitahu kamu. aku bahagia dan terharu dengan perhatian yang kamu beri kepadaku. keluarga kamu menerima kedatangan aku seadanya. begitu juga dengan keluargaku. mereka sudah boleh menerima kamu. aku bahagia sekali mempunyai kekasih seperti kamu. kamu sedia membantu jikalau aku mempunyai masalah dalam pelajaran. kamu juga banyak memberi dorongan dan sokongan kepadaku. kamu sentiasa ada di sisiku dikala susah mahupun senang. aku masih teringat apabila dirimu sentiasa di dekati wanita yang mahu berkenalan denganmu. sesungguhnya, waktu itu menguji perasaanku. meskipun ada segelintir teman satu kampus denganku dan kekasihku yang tidak menyukai hubungan yang terjalin antara kami. mereka iri hati dan dengki sehingga ada yang sanggup melakukan apa jua cara supaya aku berpisah dengan kekasihku. tetapi aku harus tabah dan tidak mudah putus asa. dan aku pantang menyerah kalah. aku berjuang. akhirnya tuhan itu maha adil dan mendengar doaku. hanya aku yang kekal di antara sahabat-sahabat kami. mereka menyerah kalah. tetapi aku tidak membalasnya. cukuplah mereka insaf dengan perbuatan keji yang mereka lakukan terhadap hubungan kami. aku sentiasa berdoa pada tuhan supaya memberkati hubungan kami. aku mengharapkan hubungan kita berkekalan selamanya. semoga cinta kita sentiasa bersemi dan mekar mewangi. semoga aku tabah menghadapi dugaanMU Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan kami. semoga hati kami saling cinta mencintai antara satu sama lain .aku berharap, rasa hatiku dan rasa hati kekasihku tidak akan pernah berubah.
" tuhan tahu rasa hati kita.. tuhan dengar keluhan kita.. kalau kita tidak lupa dia, dia tidak lupa kita. 'kunci' ada padaNya.. dan kita ada pilihan sama ada mahu mendapatkan kunci itu ataupun tidak.. "
kekasihku, hanya dikau bertakhta dihatiku..
" aku cinta, sayang, kasih, rindu, setia pada Mohd Noor Aiman Bin Mohd Nasir seorang. selamanya kau di hatiku.. "
kepada insan yang bergelar perempuan dan wanita. usahlah kamu cuba untuk menyimpan rasa cinta terhadap insan yang amat aku cintai. aku memohon secara baik untuk membiarkan aku bahagia. kerana mungkin aku tidak mengenali kalian apatah lagi mengganggu kehidupan kalian. aku hanya manusia kerdil yang hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal. selebihnya, aku menyerahkannya kepada tuhan.
biarkanlah aku bahagia dengan caraku sendiri tanpa melibatkan orang lain.
![]() |
| only you and me.. |
| we love each other |
benarlah kata orang, cinta itu buta. cinta otu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya. aku bahagia menjadi sebahagian daripada hidupmu.. cintailah aku seadanya kerana aku mencintaimu seadanya.
| on my birthday.. he gave me present.. |
" cinta bagaikan bintang yang dilangit.. bertaburan dan terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang menjadi igauan pemujanya.. "


