Thursday, August 26, 2010

InTeRNeT..


Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Indah dan nyamannya di pagi khamis ni.Tapi mata aku belum rasa mahu lelap. Semalaman aku dan kawan aku borak-borak sampai pagi. Aku sudah terbiasa tidur siang. Tapi tidak terlebih tidur. Takut batal puasa. Sia-sia sahaja aku berpuasa. Huhu. Hari ni aku nak cerita pasal internet. Kat atas ni ada picture broadband yang aku guna. Sekarang makin canggih, sudah berbentuk seperti pen-drive. Sejak kebelakangan ini, internet aku sangat la lembab seperti lembu. Rasa macam nak sepak saje. Aku geram sangat. Nak update blog aku pon susah. Tetiba hari ni, internet aku laju seperti kilat. Internet aku tetiba connect dengan pantasnya seolah-olah aku menggunakan satelit. Sukanya aku. Aku tak jadi tidur. Aku terus update blog. Aku rasa bersemangat nak update blog. 



Daripada aku menghabiskan masa aku dengan tidur dan tidak melakukan apa-apa. Lebih baik aku melakukan aktiviti yang berfaedah. Sekarang ni, sudah berlambak sangat penjualan modem internet dengan harga runtuh. Macam tak percaya la pulak aku. Apabila aku berjalan kat mall, mata aku bagai di gosok-gosok sebab broadband. Harga durian runtuh. Susah sangat nak dapat harga macam tu. Dulu masa aku beli, sangatlah mahal, rase mcm bayar deposit kereta. Waktu aku beli broadband, masa tu baru keluar pasal internet ni. Boleh di bawa ke mana-mana. Aku beli dengan harga RM599. Huhu. Mahal kan? Tapi bukan aku yang beli, abang aku yang belikan. Itupun aku pujuk ayah dengan mama supaya belikan aku satu broadband untuk kemudahan aku semasa belajar. Tapi kadangkala, tangan aku ni sangat gatal untuk buka laman social facebook dan seangkatan dengannya. Tapi bukan selalu aku buka. Aku log in pon apabila aku bosan dan kusut. Hehehe. Then aku akan continue semula study aku. Aku takkan lalai. Sebab my dear pon marah-marah bila aku tak focus dengan study. Huhuhu. Dia sangat prihatin. Alamak. Sudah terlajak jauh ni. Hahaha. Berbalik pada cerita aku pasal internet ni. Lepas aku beli broadband jenama “ Celcom” pada harga RM599. Itu tak termasuk deposit line sebanyak RM68. Harga yang aku kena bayar pada setiap bulan. Tapi sekarang, broadband sudah macam hujan cendawan. Tumbuh sana sini. Antara jenama yang aku tahu, Celcom, Maxis, U Mobile, Digi, Streamyx dan macam-macam lagi. Banyak sangat sampai aku tak ingat. Harga broadband Celcom rm48 je. Sangat murah. Mahal lagi harga teddy bear aku. maxis pon dengan harga yang sama dengan harga Celcom yang perlu dibayar pada tiap-tiap bulan, RM48 Digi dan U Mobile, aku belum pernah cuba. Kat rumah nenek aku ada wireless Streamyx. Memang power la. Sangat laju. Tapi bile hujan, sangat la lembab. Korang tahu tak, rugi je diorang buat promotion macam tu. Aku kata rugi, sebab student memang rambang untuk sesi pemilihan. Mana paling laju. Mana paling kualiti. Banyak sangat broadband sampai tak tahu nak menggunakan broadband line mana. Student la yang paling untung. Ada student package berbanding yang bukan student. Kepada belum yang memiliki broadband, sila-sila daftar diri untuk pemilihan broadband. Kerana broadband amat penting dalam kehidupan seharian kita.


p/s : sayang.. nanti belikan i bb ye. Nak bb torch 9800. Hehehe. Ni picture bb yang hunny nak tuh. 


Share