Thursday, October 28, 2010

aRe YoU hOnEsT?? iT's aLL FaKe!!


hurmm.. indah khabar daripada rupa. menipu, bohong.. perlu ke semua itu? penipuan adalah sesuatu yang menyakitkan. aku memang pantang pada manusia yang suka menipu, pembohong. dia kata, hanya untuk merahsiakan identiti. perlu ke? adakah kamu anak kerabat diraja? adakah kamu puteri raja? adakah kamu anak menteri? atau kamu anak presiden sehingga perlu kamu merahsiakan identiti kamu? atau kamu ini artis yang terkenal? baru-baru ini, kawan aku seorang penipu. tak sangka. tergamak dia melakukan perkara sekeji itu. kepada kawan-kawan yang mengalaminya, hadapilah ia dengan tenang. mungkin ada hikmah di sebaliknya. aku juga ingin menghuraikan komen yang aku post di blog seorang gadis mix atau entahlah. mungkin sebab aku terlalu banyak mendengar cerita yang kurang enak mengenai dia. actually, ini pon ada kaitan dengan entry aku kali ini. kalau ada sesiapa yang baca entry dia yang bertajuk " anak orang kaya.." aku ada meninggalkan komen pada entry tersebut. setelah itu, dia buat entry buat aku untuk menjawab semua komen aku. " rich kids : my humble appology.." kalau kalian pernah membacanya, kalian pasti membaca komen yang aku tinggalkan. sebenarnya, aku hendak tegaskan di sini, bukan semua anak orang kaya itu berlagak, sombong, fake atau apa saja pengaruh negatif. tidak semua anak orang kaya seperti itu. ada juga anak orang kaya yang berhati mulia, rendah diri, tidak sombong. jangan judge semua anak orang kaya seperti itu. ada juga segelintir anak orang kaya yang kaya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa mengharapkan kekayaan ibubapanya. mereka menggunakan akal fikiran dan tenaga untuk memajukan diri sendiri. tetapi ada juga manusia yang berdesis dan berbisik sesama sendiri iaitu mereka-mereka yang cemburu dengan kehidupan anak orang kaya yang serba sempurna tanpa menghadapi sebarang kesulitan. perfect!! ya! anak orang miskin benci apabila melihat kehidupan anak orang kaya. saya tidak mengatakan semua begitu. tapi ada segelintir anak-anak orang miskin yang bersikap seperti itu. harus bagaimana lagi? itulah lumrah kehidupan. tuhan itu maha adil. sesungguhnya setiap kejadian tuhan ada pasangannya. siang pasangannya malam. matahari pasangannya bulan. lelaki pasangannya perempuan. miskin pasangannya kaya. adilkan? sesungguhnya tuhan itu maha adil dan maha mengetahui. orang kaya asalnya adalah miskin. ini kerana usaha keras telah membuahkan hasil. dan hasil yang didapati itu berbaloi dengan apa yang dia usahakan selama ini. ilmu yang membezakan seseorang. ilmu jugalah yang membuatkan kehidupan seseorang itu berubah. ibarat yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. aku juga ingin menceritakan tentang kehidupan anak orang miskin. mereka hidup tanpa barang berjenama, tiada rumah besar yang mewah, tiada makan di katil, dan tiada layanan bagaikan puteri. semua orang ada impian. tipulah kalau seseorang anak miskin itu tidak terdetik sedikitpun dihatinya cemburu dengan kehidupan anak orang kaya. serba serbi sempurna. ada juga anak orang miskin yang berlagak macam anak orang kaya, tetapi padahal kehidupan dia biasa saja. ada juga anak orang miskin yang berani mengeluarkan statement, dia punya segalanya. rumah banglo yang mewah. kereta yang mewah dan elegen. ada bodyguard. layanan bagaikan putera atau puteri raja. tetapi hakikatnya, mereka tinggal di rumah teres yang mungkin belum habis dibayar atau rumah setinggan. mungkin juga mereka belajar sambil bekerja bagi membantu nasib keluarga. ada juga yang berhenti sekolah.  so? perlu ke penipuan dalam kehidupan? terlalu sukarkah kamu untuk berkata jujur? 

" berkata jujurlah dan usah menipu! mungkin menyatakan kebenaran itu pahit tetapi mungkin ada hikmah di sebaliknya. "


menipu hanya merugikan diri kamu sendiri. malah kamu tidak akan mendapat kepercayaan orang sekitarmu. sesungguhnya kebenaran itu amat menyakitkan bagimu, tapi percayalah tuhan itu tahu apa yang kamu perbuat. jadilah diri kamu sendiri. tidak perlu menjadi hipokrit. aku juga minta maaf sekiranya entry ini berbaur kasar tetapi percayalah setiap orang mempunyai kesilapan. tiada manusia yang sempurna di dunia ini. dunia ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. sesungguhnya tuhan sudah mengatur yang terbaik buat hambanya. kita hanya bertawakal, berdoa dan berusaha mencapai matlamat di dunia dan di akhirat.

“Orang yang bijak itu nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda, Manakala orang yang jahil itu nampak kecil walaupun umurnya sudah tua.”
Share