![]() |
| sekadar hiasan |
tiap-tiap sesuatu dijadikan ada pasangannya. bulan pasangannya bintang. siang pasangannya malam. lelaki pasangannya perempuan. inilah lumrah kehidupan. begitu indah ciptaan tuhan. sememangnya kita boleh memerhatikan dan mengetahui apabila seorang lelaki itu mencintai kekasihnya. tips-tips ini boleh dijadikan panduan kepada seorang perempuan untuk mengetahui kekasih hatinya benar-benar mencintainya ataupun tidak.
1. dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. dia ingin sentiasa menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. dia tidak suka ada lelaki lain yang rapat dengan kekasihnya.
8. dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.
10. dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. dia pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. dia kerap bertanya, 'adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. (tapi jangan melampau sangat sampai dia menunggu berjam-jam lamanya)
18. dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian, itu beerti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
24. dia sanggup menelefon setiap hari dan menghantar sms setiap masa kerana dia amat mengambil berat tentang kekasihnya.
25. dia sanggup berkorban duit dan masa demi untuk kekasihnya.
26. dia tidak akan mengeluh atau merungut apa jua yang dilakukan demi kekasihnya.
p/s : hanya lelaki yang sedar betapa mereka amat mencintai dan menyayangi kekasihnya.

