Friday, April 29, 2011

TaNDa KeKaSiH CuRaNg





PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi dan cintai mula berubah hati? jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah. ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan yang paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula 'memasang' yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:


asyik resah memandang jam apabila bersama anda.


kebiasaannya, anda dan si dia sering menghabiskan masa yang lama bersama-sama. tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam seolah-olah ada hal yang lain lebih penting. si dia juga sering mengejar masa sehingga sanggup meninggalkan anda keseorangan kononnya 'ada masalah sedikit'.

jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana kemungkinan besar, si dia bertemu kekasih lain dan anda hanya dijadikan 'kekasih gelap' atau hanya teman suka-suka.

tiba-tiba sahaja mengadu sakit ketika dating dengan anda.


asyik dating dan berseronok, tiba-tiba sahaja si dia mengadu sakit dan mahu pulang awal ke rumah. ada-ada saja sakitnya, pening, sakit perut, pitam, lenguh kaki, rasa macam nak demam serta pelbagai alasan sakit sedangakan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda jatuh sakit. apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian kemungkinan besar dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk menghindarkan diri daripada anda.


kerap menolak pelawaan anda


jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan, main bowling atau sekadar bersiar-siar. tetapi kini si dia sering menolak pelawaan anda dengan seribu alasan. jika si dia menerima pelawaan anda pun, setelah puas dipujuk dan dirayu. situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.


menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda


si dia berubah sikap daripada seorang yang penyayang menjadi pemarah. kesilapan anda yang paling kecil pun, seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. walaupun anda sedaya upaya mengelak melakukan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. paling teruk jika si dia sudah tiada segan silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil atau pun kesilapan yang tidak disengajakan.

jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meningglkannya kerana sudah jelas si dia tidak menghargai anada sebagai kekasihnya. mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda meninggalkannya. tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

sudah tabiat pasangan, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.


jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti si dia membenarkan anda melihat isi kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas,nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya. si dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. namun sekiranya si dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya anda patut berasa curiga. tetapi boleh saja si dia telah memadamkan semua aktiviti kecurangannya terlebih dahulu sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun gambar sehinggakan si dia tidak ragu-ragu memberikan anda membelek telefonnya. berhati-hati..


tidak lagi rajin menelefon anda mahupun menghantar sms.


pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. sentiasa mengambil berat dan menelefon walaupun untuk bertanya sudah makan atau belum. setiap hari pasti ada sms daripada si dia untuk anda. jika satu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. tetapi kini, si dia tidak lagi rajin menelefon anda dan adakalanya tidak menelefon anda langsung. anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak. apabila ditanya, ada saja alasannya dan paling popular adalah sibuk. jarang si dia akan membalas mesej anda atau tidak membalas langsung walaupun sudah beratus mesej yang anda hantar. situasi ini menunjukkan si dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda sekiranya ada kepentingan lain.


tidak memperkenalkan anda


si dia tidak pernah mengajak anda untuk berkenalan dengan ibubapanya. sekiranya anda mengajak si dia berkenalan dengan ibubapa anda, si dia akan mengelak dengan pelbagai alasan. alasan yang popular ialah 'belum bersedia'. si dia juga tidak pernah mahu mengajak anda keluar bersama-sama temannya apatah lagi mahu memperkenalkan anda sebagai kekasihnya. si dia sering memberi alasan sibuk apabila bertemu rakan-rakannya. tidak memperdulikan anda langsung apatah lagi menjaga hati anda. kemungkinan besar, anda hanya teman suka-suka bukan kekasihnya.




p/s : fikir-fikirkanlah sebelum ia menjerat diri atau membuat anda menderita.

Share

No comments: