3 tahun sudah kita lalui bersama dalam keadaan susah dan senang.. dalam kamar ini, inginku luahkan segala cerita suka dan duka yang berlaku dalam kehidupanku..
"happy 3rd anniversary my dear.. luv u so much.. 1'm so grateful and thanks to God cuz u always beside me in 1104 day.. hope we still together till the end.. luv u always and forever.. "
hari ni genap 3 year 1 week and 2 day, we still together.. we belong together. aku bersyukur sangat kepada tuhan yang telah menemukan aku dengan si dia. si dia banyak membantuku dalam segala hal terutama berkaitan dengan pelajaran. aku sayang sangat. dialah cahaya cinta aku. nak tahu kenapa? si dia sentiasa memahami diri ini walaupun aku ini nakal dan suka merajuk. sila menyampah dengan statement ini. dengan si dia saja, aku akan tunjuk sikap keanak-anakan aku. depan orang lain. no!! okay. biasalah, aku pun nak bermanja juga. macamlah kau orang tak pernah buat. biasanya, aku suruh dia belikan makanan or apa-apalah. saja nak mengada. teruk kan? tapi takpe. si dia kan sayang aku. aku tak kejam. aku bukan pembuli. okay. sila buang statement itu. saya sayang sangat dia. tapi kadang-kadang dia suka buat saya sakit hati. normal lah tu. asam garam kehidupan. takkan semuanya manis. tak best la takde gaduh-gaduh. nak juga rasa fight macam mana. ye tak? aku ade wish kat wall si dia.. nak lihat? wait a minute..
![]() |
| wish anniversary kat wall fb si dia |
rindu time tu. kalaulah masa boleh diulang semula, alangkah bahagianya. tapi lebih baik masa itu berhenti hanya untuk kita berdua. tapi masa tetap akan berlalu, takkan pernah berhenti seperti cinta aku. puji diri. eh. memang betul la. never stop. okay. nak tahu aku ada kat mana time anniversary? jeng jeng jeng.. time ni aku kat utm. biasalah. student la katakan. takkan ke shopping mall pulak. aku agak busy. tapi sempat juga spend time dengan si dia.
sempoi je aku kan. sampai tak perasan siapa snap picture ni. tapi thanks ya even aku tak tahu siapa snap. aku dengan lecture time ni. ni kat bangunan canseleri sultan ibrahim. kat dalam UTM juga. bila sudah bosan, aku menghilang tanpa disedari lecturer. aku duduk tepi kolam. cantik. bertingkat-tingkat. sangat seronok study kat utm. makanannya sangat murah. bayangkanlah, aku makan mi goreng + mi halus (penuh satu pinggan) + limau panas = RM2. huish. sangat murah. boleh saving tau. boleh belanja benda lain. hehehe. tapi aku tak keluar duit pun. si dia yang tolong bayarkan. nak cerita pasal hostel pula. seronok. satu bilik dua orang. aman dan tenteram. nak study? tiap-tiap semester boleh dapat dekan. mana tak nya, da la satu bilik berdua, siap ada televisyen. complete la. dapur ada. bilik air. airnya sangat sejuk. macam air dari punck bukit. tak nak mandi boleh. eh. tapi aku mandi. okay. tak suka busuk. selalu wangi. senang la study kat utm. seronok. semua ada. atm ada. foodcourt ada. semua aku suka pasal utm. tapi satu je aku tak suka. utm tersangat la besar. jenuh nak berjalan. kalau siapa-siapa yang pernah belajar kat utm ke, kerja kat utm ke, still belajar kat utm ke, mesti kau orang tahu betapa besarnya utm tu. penat and letih disebabkan itu, maka pelajar, pekerja, pensyarah membawa kenderaan masing-masing. tak kisah la. motor ke. kereta ke. majoriti student bawa kenderaan. senang nak pergi kuliah.
time ni, aku kat bilik rujukan tesis kat dalam Perpustakaan Sultanah Zanariah. library utm. fuhh. besar giler. 5 tingkat pula. jenuh aku. penat. bilik ni kat tingkat bawah sekali. kalau masuk ikut pintu depan, 3rd floor. so, aku kat bawah tanah kot. sebab aku tak survey sangat. penat cari buku. macam-macam ada. nak main game pun ada. nak lepak suka-suka lagilah boleh. tiada siapa yang melarang. apatah lagi menegah. nak tidur. boleh sangat. memanglah hari-hari aku lepak library. time ni, aku tunggu kawan aku. dia dalam dewan exam. so, bosanlah aku. dia sangat la pandai. aku kureng sikit. sekarang dia ambil course kimia. sebab dia tak dapat nak ambil perubatan. cgpa dia bukannya teruk sangat. 3.98 je. tapi medic nak 4 flat. itu yang payah. tapi aku tak bosan sangat. sebab si dia ada bersama. bukan berdua. okay. kawan-kawan lain pon ada. nak pinjam or pulang buku kena guna mesin. tapi ada je kaunter manual. guna mesin cepat sikit. hahaha. penat sudah aku merayau dalam library. akhirnya, kawan aku, shila sudah sampai. kitorang borak-borak dalam library.
aku dengan member aku kat library. yang lain sibuk cari buku. ni hanya certain tempat dalam library. kalau korang nak tahu besar ke tak library utm, datang la dan lihat sendiri. lagi satu yang seronok kat utm, time exam, korang pakai la apa-apa pun. tapi janganlah pakai yang tak senonoh. pakai yang menutup aurat. jeans? boleh je. member aku pergi exam pakai t-shirt dgn jeans. rules tak berape ketat. biasa je. takdelah macam certain kolej, sibuk nak kena pakai formal. macamlah kolej tu bagus sangat. okay la. ni hari bahagia aku. tak nak cerita yang menyakitkan hati. cerita yang buat kita hepi.
haa. saja mengada posing. hehe. nampak tak tulisan kat belakang aku? so, aku kat makmal ukur kejuruteraan dan kadaster. macam-macam benda aku guna kat sini. yang nampak macam barcode tu, mahal. yang berkaki tiga tu, tak ingat la nama dia, dia lebih kurang macam theodolite. tapi yang ni digital punya. mahal giler. hampir rm20k. macam buat hantaran je. huhu. si dia sudah ke library. aku je yang ada urusan kat sini.
muka bosan dalam kuliah. orang lain sibuk dengar dengar apa yang lecturer bebel kat depan. aku sibuk snap picture sambil bukak facebook. nakal kan aku? hahaha. tapi aku dengar yang lecturer cakap kat depan. lepas tu, aku offline la. kena la study rajin-rajin. baru boleh dapat dekan. dapat result yang gempak. aku kat hujung sebelah sini. si dia pula hujung sebelah sana. tapi aku kerap curi-curi pandang ke arah si dia. siap main-main mesej lagi. tapi tak lama. sebab aku harus menumpukan sepenuhnya apa yang disampaikan oleh lecturer kat depan. kesian dia. sorry ye puan.
haa.. cantik tak? nice place. rite! aku suka sangat. best. nak tahu kat mana. tak mahulah beritahu. kamu carilah sendiri..
" sweet moment, sweet place and sweet couple.."
haa. lastly, inilah dia buah hati aku. aku dengan si dia bersama. oversea? hehehe. secret place. aku nak beli rumah kat tempat ni. seronok tau. macam-macam ada. 2012 nanti akan ada taman tema yang lagi seronok daripada disneyland. boleh main kapal layar. macam-macamlah ada. lepas itu, taman tema untuk hello kitty, bob & builder dan macam-macamlah. yang paling penting. aku akan berusaha untuk membeli rumah di situ. lima tahun akan datang, kawasan itu akan jadi kawasan yang paling maju. memang laluan international. nak beli banglo boleh? itu kena tanya si dia. kami bahagia dan gembira bersama. jangan ada sesiapa yang menghancurkan kegembiraan kami. kami tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain. biarkanlah kami bahagia. kepada awek-awek dan perempuan diluar sana. watch out. tolong ye. jauhkanlah diri anda . jangan pernah sekalipun cuba untuk mendekati cinta hati aku. sekali lagi, di akhir kamar ini,
"hepi anniversary dear.. macam-macam tempat kita pergi. banyak nenas yang kita kutip sama-sama. sweet kan? tapi takdelah picture kat ladang nenas sama-sama. time tu, excited sangat kat ladang nenas. sampai kaki i terjerlus dalam tanah gambut. nasib baik tak dalam. cuak i tau. tapi u siap boleh gelakkan i lagi. it's so sweet when i looking at u when u smile and laugh. tak marah pun. i pun gelak sama.
"ya allah, kau berikanlah kami kebahagiaan yang berpanjangan. berikanlah cahaya keimanan kepada kami supaya kami sentiasa dalam keredhaan-Mu. Kau jauhkanlah kami dari segala tipu daya syaitan yang dilaknat. Kau permudahkanlah urusan kami. Kau berikan juga kegembiraan kepada kami dan keluarga kami. Kau panjangkanlah umur kami dan keluarga kami. Kau murahkanlah rezeki kami dan keluarga kami. semoga kami sentiasa mendapat keberkatan dari-Mu.."
haa.. ni nenas kembar tiga tau.. ada member aku geli tengok picture ni. tapi pada aku, biasa je. rindu nak pergi ladang nenas.
yes!! yang ni la mr. chenta hati aku. comel tak die? eh. salah. dia hensem kan. okay. aku sayang giler kat dia. fullstop. jangan berani gegar line aku. kang aku naik hantu. payah korang. jangan cuba jadi berani. nak tahu yang mana satu? mestilah yang tengah-tengah. kan ade lima orang. korang agak la ye. yang perempuan tu, classmate dia. bukan skandal dia. okay. my dear pakai baju "JOHO".. nampak tak? cinta aku untuk dia never fullstop.. jangan kacau. his mine. rindulah kat si dia. si dia sedang final exam. tak boleh kacau. nanti tak concentrate. ni last sem si dia. try your best tau dear..
" success is a journey, not a destination.. btw, wish u gud luck for ur final exam. may god always bless us.. "
sayang u sangat-sangat. nanti nak pergi holiday boleh? happy 3rd anniversary my dear. jangan macam-macam tau sayang.. (,'') ('',)
p/s : thanks ye cuz bagi i bunga hari tu. it's so sweet..








