Tuesday, December 21, 2010

PeLaRa WaRKaH GeRiMiS...


seharusnya adamu mendengar risik lara simfoniku, kala malam tidak lagi mendengus jemu, apabila hangat bayu bersiul dengan not-not luar biasa, kala jalan-jalan mula bersenda lega, di saat senandung akan bingkas menghantar risik rindu seorang kekasih. betapa debungamu mula mengaroma asyik dalam indera hiduku menyucuk peri belas. tak berbahasa lelah utnuk memesrai jenuh refleksi jiwamu, jiwaku, harumnya tidak kendur dari taman berduri lingkaran gundah.

kian meluruh putik-putik indah pada langsir kabus yang langsing sesudah fajar, tidak segan untuk mengucup alis matamu, sibuk dengan kerling tersayup menguyur kanta teduhku. pada halaman khatulistiwa yang minta untukmu mesrai, betapa ku tertelan tulang hakikat di tanah cumbu matahari, di sikat jaring-jaring dina kuncupan insan rimba keluh, tidak ingin di tertawa oleh bisu bercemar kayangannya melilit bulan.sesekali bayang-bayang rasa tertindih oleh kilau-kilau kerdilnya, sampai sinar sirna terbias asanya.tidak ingin kecewa dimizani condong dengan kasih layan terberai, betapamu melihat wajahku mencuka sambil ada torehan luka menjerit bisu.

betapa dalam destinasi yang menjerat luah miskinnya watakku bahawa pepatah semula akan terkandas majunya orak jejak kesiur madahmu, kalung-kalung ingatan berderai dalam tekan simpati rusuhmu, tidak ingin mengheretku dalam lekuk langkah bertari resahmu. wajahmu tidak akan terpulau bersama bersama sayat hidup rengsaku, malah sendu silamku kekal terintik genangnya di angkasa anganmu.

andaiku dicurahi hujan suci pada mula kendiriku, betapamu akan membalas bahagia senyumku yang merdeka, dari kelar hayat semalam yang terdera...

Share

Ku MaHu KaU TaHu..

saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
adakah hanya luaran atau sesuatu daripada dalam diriku..


usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
hari demi hari, dan selamanya,
ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan..


saat kau katakan kau mencintaiku,
saat itulah aku memberikan kunci,
untuk hati, jiwa dan fikiranku,
aku senang untuk tahu bahawa kau milikku..


aku mahu bertahan selamanya,
untuk kita akan selalu bersama,
merasa sakit atau kesakitan bersama,
aku ingin kau berada dekat dengan diriku..


dalam setiap pelukan dan kucupan,
saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita,
memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
jangan biarkan aku hilang di lautan yang luas..


kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
aku milikmu untuk selama-lamanya,
janji dipatri bahawa setiap kata-kataku sesungguhnya,
tanpamu disisi, aku mati, aku tak mahu hidup pun tak mampu...



dimana ada cinta, 
disitulah ada derita, pengorbanan, cemburu dan airmata..

Share