Tuesday, December 21, 2010

Ku MaHu KaU TaHu..

saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
adakah hanya luaran atau sesuatu daripada dalam diriku..


usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
hari demi hari, dan selamanya,
ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan..


saat kau katakan kau mencintaiku,
saat itulah aku memberikan kunci,
untuk hati, jiwa dan fikiranku,
aku senang untuk tahu bahawa kau milikku..


aku mahu bertahan selamanya,
untuk kita akan selalu bersama,
merasa sakit atau kesakitan bersama,
aku ingin kau berada dekat dengan diriku..


dalam setiap pelukan dan kucupan,
saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita,
memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
jangan biarkan aku hilang di lautan yang luas..


kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
aku milikmu untuk selama-lamanya,
janji dipatri bahawa setiap kata-kataku sesungguhnya,
tanpamu disisi, aku mati, aku tak mahu hidup pun tak mampu...



dimana ada cinta, 
disitulah ada derita, pengorbanan, cemburu dan airmata..

Share

No comments: