sahabat karib. aku nak buat entry pasal sahabat karib aku. dia ni istimewa sangat bagi aku. yelah. aku kawan dengan dia, so long time ago. so, memang patut pun dia ni sahabat karib aku. aku kawan dengan dia sudah 17 tahun. lama tak? lama kan. dialah satu-satunya sahabat karib aku. susah senang sama-sama. dulu rumah dekat je. rindu lah zaman kanak-kanak. kami selalu bermain bersama. daripada aku sebelum tadika lagi aku kenal dengan dia ni. nak tahu siapa dia. sekejap ya. nanti aku beritahu. actually, aku ramai kawan, sahabat dan teman. tapi dialah satu-satunya sahabat yang sentiasa bersama aku pada bila-bila masa saja aku perlukan dia. dan aku sentiasa ada bila dia perlukan aku. sharing is caring. kami berkongsi segalanya. perasaan. kenangan. pendapat. luahan rasa. kesedihan. kegembiraan. gelak tawa. tangisan. indahnya saat itu. kami saling melengkapi antara satu sama lain. tapi aku bukan lesbian tau. jangan salah tanggapan. berdosa tau kalau fitnah orang. tapi memang aku sayangkan dia sebagai seorang sahabat karib aku. maaflah ya kawan-kawan yang lain. kepada sahabat aku diluar sana, kalian juga sahabat aku. aku juga sayang kalian. seperti orang lain juga, kalian juga punya sahabat karib masing-masing, bukan? so, aku nak story pasal sahabat karib aku yang seorang ni. perangai dia agak gila-gila macam aku. macam-macam sudah kita lalui bersama daripada sebelum tadika, sekolah rendah, menengah dan sehinggalah sekarang. aku berterima kasih kepadamu kerana sudi menjadi sahabat karib aku. tahun ni, genap 17 tahun aku berkawan dengan dia. aku amat menyayangi sahabat aku yang seorang ini. sungguh aku sayangkan dia. aku sanggup buat apa sahaja untuk sahabat aku ini. aku amat menghargainya sebagai sahabat karibku. aku berdoa kepada tuhan semoga tuhan sentiasa memberkati persahabatan antara aku dan dia. nak lihat siapa gerangan sahabat karib aku? jeng jeng jeng. saspen sungguh.
yess!! inilah orangnya. she's my bestfriend ever. nama dia nazatulshima. aku sayang kau tau!
aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur suka dan duka, jika aku dapat aku ingin setia padanya.... ~imam syafie~
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

