Tuesday, August 3, 2010

10 SiFaT CaLON SuaMi YaNg BaiK

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.



2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.



3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.



4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.



5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.



6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.



8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

 

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.




sesungguhnya, allah menjanjikan yang terbaik buat kita. kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan. pernahkan anda mendengar pepatah yang berbunyi seperti ini.. " lelaki yang baik untuk wanita yang baik "  dan begitulah sebaliknya.. sesungguhnya tuhan maha mengetahui apa yang telah ditentukan. kita harus mempersiapkan diri supaya kita layak berdampingan dengan lelaki yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang disebuatkan diatas. hargailah dirimu kerana dirimu begitu berharga. sesungguhnya tiada manusia diatas muka bumi ini yang mahukan rumahtangganya retak dan bergolak sehingga terjadinya penceraian. sesungguhnya tuhan tidak menyukai pada penceraian. semua manusia di bumi fana ini mahukan kebahagiaan yang berkekalan. terlalu banyak kesan yang apabila terjadinya sesebuah penceraian.

aku juga manusia biasa yang mahukan kebahagiaan yang berkekalan selamanya. aku mahukan sebuah perkahwinan yang abadi. his the last man i love in my life. aku mahu dia menjadi lelaki terakhir yang aku cintai sepanjang hidup aku. dan jadikan aku sebagai wanita pilihan dan terakhir dalam hidupnya. just only me and you. no one else. jangan pernah berhenti mencintai diriku selamanya kerana aku begitu mencintai dirinya seluruh hidupku. hanya dia dalam hatiku.

p/s : i will always love you till the end.. u're belong to me..
Share