Friday, January 14, 2011

BeRMuLaNya KeRJaYa...

fuhh... hari ni hari yang amat mendebarkan perasaan dan menggetarkan jiwa.. petang tadi aku ada interview di sebuah syarikat besar. gugup rasanya. yelah. first time interview. nervous sangat. baru pagi tadi aku pergi sekolah dengan ditemani oleh sahabat karib aku. aku nak ambil sijil berhenti sekolah. ini kerana aku telah hilangkan sijil tersebut. so, aku terpaksa tebalkan muka untuk meminta sijil yang baru. nasib baik kakak kerani tu baik hati nak tolong aku. sebab jam dua petang hari yang sama, aku ada interview kerja. selepas 30 minit, akhirnya sijil aku pun siap. fuhh. selesai satu kerja aku. oleh kerana kepenatan, aku naik teksi pulang ke rumah. aku pun bergegas ke bilik untuk mempersiapkan diri. aku juga berkesempatan untuk membaiki resume yang perlu aku serahkan semasa temuduga nanti. nak tahu jawatan apa yang aku dikehendaki hadir untuk interview? nantilah aku beritahu. buat masa ni, belum masa yang sesuai. job aku ni agak mencabar dan sentiasa dikelilingi cabaran asalkan kita berani rebut peluang itu. peluang yang terbaik hanya datang sekali. ia takkan datang berkali-kali. tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memberikan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya baru aku. memang mencabar sangatlah. skop kerja yang perlu komited yang tinggi. harap aku berjaya menanganinya. 

kepada sahabat karib aku,

"thanks tau. jasamu sentiasa dikenang. thanks sebab sudi tumpangkan aku kat rumah kau. terima kasih juga sebab teman aku pergi sekolah. kesian kau kan. terima kasih sahabat karibku. semoga persahabatan kita kekal selamanya.. thanks my friend..."

kepada my hunny bunny,

"thanks dear kerana tak putus-putus bagi semangat pada i. terima kasih atas keyakinan dan semangat yang u berikan. i akan sentiasa ingat pesan u. semoga kita sama-sama mengecapi kebahagiaan dan kejayaan bersama-sama. semoga tuhan sentiasa memberkati cinta kita.. semoga kekal selamanya sampai akhir hayat. sampai bila-bila.. thanks my dear... "

kepada my family,

"thanks ayah sebab bagi nasihat yang akan akak jadikan panduan untuk meniti hari akan datang. terima kasih mama kerana beri dorongan dan sokongan yang tak putus-putus. thanks ibu, kak fila, abg gud, kak long. terima kasih semua. nasihat kalian akan akak sematkan dalam hati.."

kepada semua yang mengenali diri ini,

"terima kasih kepada semua yang mengenali diri ini. semoga doa kalian sentiasa memberkati perjalanan hidup aku. aku juga tidak lupa mendoakan yang terbaik buat kalian.. terima kasih semua. semoga kita berjaya mencapai apa yang kita impikan selama ini. insyaallah. sama-sama kita berdoa dan bertawakal kepada tuhan.. "
Share