aku tiba awal kat ofis. belum jam 9 pagi pun. masa kat rumah tadi, excited sangat nak pergi ofis. takut lambat. then, bila sudah sampai ofis, rasa bosan mula menerpa. rupa-rupanya, pagi ni, aku yang kena buka ofis. nasib baik aku ada kunci. kalau tidak, jenuhlah aku hendak tunggu. patah kaki aku. kaki aku ni sensitif sikit, pantang diri lama-lama, mesti sakit kaki. krem. lebih-lebih lagi kalau aku pakai high heel. aku keseorangan kat ofis. da macam bos. aku duduk kat ofis bos. buat keje sikit. semalam adalah hari yang paling penat sekali. aku paling tak suka hari isnin. semalam straight sampai ke malam aku stay ofis. malam semalam ada roadshow. so, semua kakitangan wajib hadir. then, mr. lee belanja kitorang makan. actually, kat tempat aku kerja, majoriti di kuasai lelaki, so, diorang ni jarang ada staff perempuan. berapa kerat sangatlah. so, faham-faham je la macam mane kan? actually aku memang menyukai kerja aku. seronok! dapat jumpa dengan macam-macam manusia. macam-macam ragam. macam-macam kerenah dan perangai. banyak benda yang boleh di pelajari. aku pun update blog sementara aku menanti kawan-kawan aku yang lain. hari ni pula, birthday sabrina, salah seorang kawan aku. btw,
" happy bithday kak sabrina,
moga panjang umur dan murah rezeki,
semoga berjaya mencapai apa yang di citakan,
may god always bless you.. "
