Janganlah hipokrit. Semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita,hati,perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga sehingga Adam tetap rindukan hawa. Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Wahai lelaki.. luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan allah. Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka akan menderita. Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah s.w.t, zat yang kekal kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia.
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok.
Itulah akibat andai wanita tidak kenal akan Tuhannya. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-nya. Jinakkanlah diri pada Allah.. nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu..
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karamullahu Wajhah..


No comments:
Post a Comment