hahahaha. nak tahu siapa si kiki gemok ni? yess!! nak bagitahu ni. aku sayang kiki gemuk ni. actually, si kiki ni adalah seekor kucing. aku suka sangat dengan dia. sudahlah gemok. manja pulak tu. tapi dia ni house cat. jarang sangat keluar rumah. yelah. lagipun tuan dia ni, bekerja siang malam cari duit. kesian si kiki. hari tu, aku datang kl. si kiki ni da kurus sikit. asyik muntah je. tapi dia tetap besar. maybe sebab baka baik kot. dia ni kucing biasa-biasa saja. oleh kerana tuan dia ni menitik beratkan pasal penjagaan si kiki ni, maka si kiki ni sudah dikategorikan kucing ada high class. tiap-tiap bulan tuan dia bawak dia pergi klinik haiwan untuk check up tahap kesihatan si kiki ni. kiki ni asalnya daripada johor bahru. oleh kerana tuntutan kerja tuan si kiki. maka kiki pun berhijrah ke kl. bermulah kehidupan kiki di kl meninggalkan keluarga dan adik beradik di johor bahru.
haaa. ni kiki masa kecik. comel kan dia? muka manja je. hehehe.
haaa.. yang ni pula, mak dengan ayah kiki. yang putih arwah nyayau. dan yang itam tu, wiewie. hari tu aku ada jumpa si wiewie ni. dia baru je beranak. banyak betul anak dia. tapi wiewie sekarang sudah tua.
hahaha. inilah tempat lepak kiki. best tak? seronok kan? kiki suka duduk kat tingkap. dia tak takut pun. aku yang tengok pula rasa seram. yelah. takut dia jatuh. tapi dia buat muka relax dan selamba dia je.
kadang-kadang kiki suka buat aku tertawa dengan keletah dia. ada je benda yang dia nak buat. si kiki duduk dalam beg hotlink. comel kan? aku suka bermain dengan si kiki kalau aku datang kl. kalau dia duduk atas dada aku semasa aku sedang baring. memang susah nak bernafas. sebab kiki ni gemok dan so heavy. lemas aku dibuatnya. dia siap landing atas dada aku. nak manja-manjalah tu. tak pun, dia nak tidur. hahaha. geram lah dengan si gemuk ni.
masa ni, kiki sedang sakit. so sebab tu dia kena pakai 'speaker bergerak'. kesian dia kan? tapi walau apa pun. dia tetap comel.
fuh. aku suka sangat picture ni. sebab kiki pakai baju man u. kucing pun ada baju tau. pandai pulak dia posing kan? si kiki ni tak banyak kerenah. nasib ada saiz baju yang muat dengan badan si kiki. actually, jarang aku jumpa kucing yang pakai baju. inilah first time.
haaa. nilah adik beradik si kiki. banyak tak? ni sikit je korang tengok. ada lagi banyak. penuh satu kandang. si wiewie ni selalu sangat beranak.
wahhh. sangat comel. aku geram dengan si kiki ni. rasa macam nak peluk ketat-ketat. da la gemuk. manja pulak tu. dia ni kucing yang bijak tau. dia faham apa yang orang cakap kat dia. tengoklah siapa yang jaga dia. korang mesti nak tahu kan siapa tuan si kiki ni. hahaha. aku suka sangat buat saspen. sabar ye.
haaaa. inilah dia tuan si kiki tu. dia ni, actually abang kepada BF aku. so, kira bakal abang ipar akulah ni. dia ni ok. bolehlah aku sharing masalah aku. dia ni, aku anggap macam abang aku jugak. so, inilah tuan si kiki gemok yang aku cerita tadi. okeylah. lepas ni, aku mesti sibuk dengan kerja. nanti, kalau aku ada masa, aku update blog ye. by the way, thanks kerana sudi baca blog aku.
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri









No comments:
Post a Comment